fuhhhhhhhhh....pagi-pagi dah di gemparkan dengan satu berita yang sangat mengejutkan. apa taknyer, cik bulan memenangi hadiah daripada pihak celcom RM3000.00 tu.... dengan mamai2x sambil gosok2 mata.... cik bulan pun bukan main happy nyer....apa tak nyer.... RM3000.00, boleh ler nak menampung hidup sebelum cik bulan dapat kerja.....hehehe (bukan main lagi cik bulan rasa gembira, senyum pun macam senyum kambing)... mak oi, meriah satu rumah bila dapat tahu cik bulan dapat hadiah tersebut.... apa tak nyer, cik bulan dah sangka2... bertuah betul cik bulan menceburi bidang blogger nie...tup2 dapat rezeki pulak...
wakakakakakakakakakakaka (panjang nyer cik bulan gelak)... TAPI, sebelum itu mereka menyuruh cik bulan pergi mesin ATM terdekat dengan cik bulan..... Cik bulan pun dah keliru, apa sal lak.... cik bulan dah mula curiga waktu tu.... pemanggil tu menyatakan bahawa cik bulan perlu melalui beberapa prosedur terlebih dahulu untuk mendapatkan hadiah tersebut dengan mengklik2 di mesin ATM... uhhhh...tanpa berfikir panjang lagi, cik bulan pun meminta masa untuk berfikir....ingat cik bulan x sekolah ker?.
nak tahu apa yang cik bulan buat???????????? bukan mudah nak menipu cik bulan yang kiut miut ni...hehehe...kiut miut ker??? terover perasan pun cik bulan nie....tp xpe, cik bulan teruskan bercerita dan memanjangkan lagi post kali ni.... cik bulan pun ambik telefon dan terus kol 1111... nak tahu sama ada cik bulan dapat hadiah atau tidak???????
MEMANG CIK BULAN DAPAT HADIAH.....hehehe....pihak celcom telah mengesahkan bahawa cik bulan hampir2 menjadi mangsa penipuan. tu ler hadiah yang cik bulan dapat 4 November 2011.. memandangkan kdit handphone cik bulan banyak lagi...cik bulan pun kol balik nombor tersebut dan cik bulan menyatakan bahawa dia juga memenangi hadiah sebanyak RM30000...dengan gelak2, cik bulan kata ambik kau, better g ler bertaubat...dah lah hari jumaat...nak menipu g...tp dendam perlu di balas....cik bulan pun mengugut bahawa nombor telefon tu sudah di rekod oleh pihak Celcom.
jika korang perasaan nombor di atas merupakan no telefon republik indonesia...ni merupakan sendiket untuk menipu kita... jadi kena lebih berhati2 ye lepas ni..
moral of that story : tiada sesiapa yang dapat menipu cik bulan melalui kad bank di sebabkan dalam kad bank cik bulan hanya tinggal RM 5.00 lebih ajer...hehe ...peace no war
wooo bahaye wooo skg..hati2 cik bulan ye :p
BalasPadampeace!! :)
hehe.... tu ler deyb, ingat senang kena nak cikau duit org lain....kita pun, sekrg kena berhati2 ngan sesiapa sahaja... alert je nombor tu...peace..muahh...muah
BalasPadam